Iklan

» » FOTO Nazrey Johari ( Anggota Raihan ) Kini Menyanyi Nasyid Di Pasar Ramadan

FOTO Nazrey Johari ( Anggota Raihan ) Kini Menyanyi Nasyid Di Pasar Ramadan



nazrey-johari-terkini-2
Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan usahanya. Ustaz Nazrey Johari kini dilihat pergi ke bazar Ramadan seluruh negara untuk mengumpul dana membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadahdi Ranau, Sabah. Pusat tahfiz ini disasarkan untuk golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Masih teringat lagi suara merdu Nazrey menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu ketika dulu.
Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di bazar Ramadan untuk mengutip derma pembiayaan pusat tahfiz itu. Terkini Nazrey dilihat berada di pasar Ramadan di Kajang, Selangor. Kami juga ingin berkongsi dengan anda jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz ini. Ayuh kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini.
Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah
:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES :: CIMB BANK 1230 0000 8331 09
( akaun BARU CIMB CIMB: 8600627302 )
Dari Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah bersabda: 
“Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat”
nazrey-johari-terkini-1
nazrey-johari-terkini-3
nazrey-johari-terkini-5
nazrey-johari-tahfiz-2
tahfiz-bayu-syahadah
tapak-bayu-syahadah-3
tapak-bayu-syahadah-4
nazrey-johari-terkini-4
tapak-bayu-syahadah
tapak-bayu-syahadah-2

About Admin

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply