Iklan

» » Umie Aida reda hadiah perkahwinan dilelong

Umie Aida reda hadiah perkahwinan dilelong

KUALA LUMPUR: Rentetan rumah unit penthouse di Mont Kiara milik Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan dilelong pada Lelongan Mega CIMB semalam di Hotel Istana, Datin Umie Aida sebagai isterinya turut menerima tempias.

KONDOMINIUM kediaman milik Datuk Khairuddin Abu Hassan suami kepada Umie Aida yang dilelong oleh pihak bank dengan harga RM2.1 juta di Hotel Istana, semalam. - Foto Muhd Asyraf Sawal



Rumah mewah itu merupakan hadiah perkahwinan suaminya untuk beliau. Ikuti komen Umie.
"Saya sebagai isteri akan sentiasa di belakang suami sama ada susah atau senang.
"Hidup pasti ada dugaan dan Tuhan memberi kami dugaan mengikut kemampuan hambaNya," katanya.

Rumah terbabit yang dibuka harga bidanya dengan harga RM2.1 juta dijual pada harga yang sama.
Seorang wanita yang enggan dikenali berusia dalam lingkungan lewat 40-an, membida rumah terbabit berkata, beliau mendapat tahu mengenai rumah terbabit menerusi iklan di surat khabar dan tiada hubung kait dengan ahli politik itu.


About Admin

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply