Iklan

» » Suami dedah Raja Azmi 'liar' punca rumahtangga retak

Suami dedah Raja Azmi 'liar' punca rumahtangga retak


KUALA LUMPUR, 28 SEPT 2014: Produser berkontroversi, Raja Azmi, 55, mengakui punca keretakan rumahtangganya adalah disebabkan dia tidak mendapatkan keizinanan suaminya, Mohd Eddie Ghazali, 45, untuk keluar rumah.

Raja Azmi berkata demikian ketika diwawancara portal Murai berhubung isu keretakan rumahtangganya itu.

Sejak wujudnya krisis tersebut, Raja Azmi turut mengakui bahawa dia sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya yang juga pemain bass kumpulan CRK sejak lebih lima minggu lalu.

Malah sehingga saat ini pun, dia masih lagi belum bertemu secara empat mata dengan Eddie untuk membincangkan mengenai masalah yang wujud dalam rumahtangga mereka.

Jelas Raja Azmi lagi, dia telah pun mengakui kesalahannya itu kepada Eddie, dan dia mengakui kesalahannya itu secara terbuka.

“Memang saya yang salah dalam hal ini, dan saya sudah pun memohon maaf dengan Eddie. Dia juga telah menegur kesalahan saya tetapi cara Eddie menegur itu membuatkan saya sedikit terluka dan saya juga tidak dapat menerimanya,” kata Raja Azmi kepada murai.com.my

About Admin

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply