10 IBU PALING UNIK DAN ANEH DI DUNIA
Berikut ini adalah ibu-ibu yang pernah ada di dunia dan merupakan ibu-ibu yang paling unik dan aneh yang pernah ada.
1. Melahirkan 8 Bayi Dengan Selamat
![]() |

2. Ibu Paling Muda [5 Tahun]

Lina
Madinah adalah ibu termuda dalam sejarah, melahirkan anak pada usia 5
tahun 7 bulan 21 hari. Lina dibawa ke hospital oleh orang tuanya pada
usia lima tahun kerana perutnya semakin membesar. Dia awalnya dianggap
memiliki tumor, tetapi para doktor mengesahkan dia hamil tujuh bulan. Dr
Gerardo Lozada membawanya ke Lima, Peru, untuk rawatan lanjut. Satu
bulan setengah kemudian, pada 14 Mei 1939, dia melahirkan seorang anak
lelaki dengan pembedahan caesar kerana punggungnya yang kecil.
Pembedahan dilakukan oleh Dr Lozada dan Dr Busalleu, dengan dibantu oleh
Dr Colareta. Kesnya dilaporkan secara terperinci oleh Dr Edmundo
Escomel dalam jurnal perubatan La Presse Médicale.
3. Ibu Paling Tua Ketika Melahirkan

Setelah
menunggu lebih dari 40 tahun untuk anak pertama, wanita India Rajo Devi
Lohan melahirkan pada bulan November 2008, pada usia 70.
4. Ibu Dengan Kelahiran Terbanyak [69 Anak]

Menurut
Guinness Book of Records, ibu yang paling produktif sepanjang sejarah
adalah seorang petani dari Shuya, Russia, yang dikenali hanya sebagai
isteri Feodor Vassilyev, yang melahirkan tidak kurang dari 69 anak-anak,
dari 27 kehamilan. Gambar hanya sebagai hiasan kerana tiada gambarnya
yang sebenar disebabkan beliau hidup di abad 18.
5. Lelaki Menjadi Ibu Yang Pertama Di Dunia

Thomas
Beatie adalah lelaki pertama yang menjadi seorang ibu. Sebenarnya dia
dilahirkan sebagai seorang wanita dan menjadi lelaki setelah dia
menjalani pembedahan dan perawatan selama sepuluh tahun dan sekarang
hidup sebagai seorang lelaki di Oregon. Dia hamil kerana histerektomi
(pembedahan rahim). Thomas memutuskan untuk mempunyai bayi sendiri,
melalui persenyawaan menggunakan sperma penderma dan sel telur milik
Thomas sendiri.
6. Ibu Kembar Tertua

Benar-benar
bertekad untuk memiliki seorang anak lelaki pada usia 70 tahun, Omkari
Panwar menjadi ibu kembar tertua. Sama dengan suaminya Charan Singh
Panwar, mereka membayar kos rawatan yang mahal demi mempunyai pewaris
lelaki. Mereka menjual kerbau, menggadaikan tanah, menghabiskan tabungan
hidup mereka dan mengambil pinjaman kad kredit. Panwar sudah memiliki
dua anak perempuan dewasa, dan lima cucu, tapi mereka hanya ingin
seorang anak lelaki tetapi bernasib baik dikurniakan kembar.
7. Ibu Tumpang Tersubur Di Dunia

Carole
Horlock ialah ibu tumpang, telah melahirkan 12 bayi dalam 13 tahun –
termasuk kembar tiga. Ini adalah rekod dunia untuk ibu tumpang paling
produktif. “Ketika saya pertama kali menjadi ibu tumpang, saya berharap
melakukannya hanya sekali” katanya. “Tapi saya sangat menyukainya..
setelah saya melahirkan bayi saya ingin melakukannya lagi.” Dia dibayar
rata-rata $25,000 hingga $30,000 untuk tujuan tersebut.
8. Ibu Terkecil Di Dunia

Ibu
terkecil di dunia ini telah melahirkan untuk kali ketiga, meskipun dia
diingatkan akan membahayakan hidupnya. Stacey Herald, yang memiliki
tinggi 2 kaki 9 inci, diberitahu bahawa kehamilan mampu membunuhnya.
Namun dengan berani dia menentang para doktor untuk memiliki dua bayi.
Dia disahkan menderita osteogenesis imperfekta, yang menyebabkan rapuh
tulang dan paru-paru sehingga menyebabkan dia tidak berkembang. Herald,
yang menggunakan kerusi roda dan suaminya Will, yang memiliki tinggi 6
kaki 4 inci, tidak sabar menunggu kelahiran bayi ketiga mereka. Dia
mengaku ketika sedang hamil adalah tidak selesa dan hanya terbaring di
tempat tidur selama berminggu-minggu.
9. Ibu Dengan Bayi Terkecil Di Dunia

Mahajabeen
Sheikh melahirkan Rumaisa Rahman pada tanggal 19 September 2004 di
Loyola University Medical Center. Bayi yang beratnya hanya 244 gram dan
panjang 10 inci merupakan bayi terkecil di dunia. Bayi tersebut
dilahirkan setelah 25 minggu enam hari kehamilan ibunya. Rumaisa, yang
tinggal dengan kedua orang tua di Hanover Park, Illinois, A.S beratnya
hanya 244 gram ketika lahir, tapi membesar seperti manusia normal.
10. Ibu Dengan Senggang Terlama Antara Anak

Elizabeth
Ann Buttle memiliki dua anak, Belinda dan Joseph, ada yang menarik
tentangnya. Belinda Buttle lahir pada 19 Mei 1956. Bahagian luar biasa
adalah jarak antara kelahiran Belinda dan Joseph Buttle yang lahir pada
20 Nopember 1997 ketika Elizabeth Ann Buttle berusia 60 tahun. Bererti
kelahiran pertama dengan kedua memiliki selang waktu 41 tahun 185 hari.
No comments: