Umie Aida Kembalikan Wang RM80,000, Tarik Diri Jadi Duta YSLM
KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2014: Pelakon dan penyanyi, Datin Umie Aida
menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat
YSLM yang sebelum ini berhasrat untuk menjalinkan beberapa kerjasama
dengannya terutama dalam hal-hal yang melibatkan aktiviti amal dan
kebajikan.

Umie Aida yang juga adik kepada penerbit serta pengarah filem terkemuka,
Erma Fatima berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dihantar
semalam.
"Pada Jumaat lepAS, Saya menghadiri satu mesyuarat dengan sebuah
syarikat bernama YSLM yang berhasrat mahu mengambil saya sebagai artis
di bawah naungan mereka bagi tujuan aktiviti amal dan kebajikan untuk
membantu anak-anak yatim dan golongan susah.
"Pada awalnya, saya bersetuju tetapi atas sebab-sebab tertentu saya
terpaksa membatalkan niat untyuk menjadi artis naungan syarikat
tersebut.
"Mereka juga ada memberi saya wang tunai sebanyak RM80,000 sebagai
hadiah tetapi keesokan harinya saya mengambil keputusan untuk
memulangkan semula wang tersebut.
"Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik kepada pihak-pihak yang
mengambil gambar-gambar saya pada hari berkenaan agar tidak menggunakan
gambar tersebut untuk kepentingan syarikat.
"Sekiranya gambar-gambar saya digunakan, saya tidak akan teragak-agak
untuk mengambil tindakan undang-undang. Saya ingin tegaskan sekali lagi
di sini bahawa saya bukan artis atau duta YSLM. Saya hanya duta kepada
Phytoscience Stemcell dan tetapi serta masih setia bersama mereka,"
katanya. ─ Murai.com.my
No comments: