Ugut Bunuh Menteri Besar Kedah, Blogger Ditahan
Alor Setar: Polis menahan seorang blogger yang membuat ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah dalam laman sosial Facebook, hari ini.![]() |
"Lelaki berkenaan akan dibawa pulang ke Alor Setar untuk direman esok bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah," katanya ketika dihubungi, di sini.
Setakat semalam, sebanyak 20 laporan polis sudah dibuat berhubung kes ugutan bunuh itu oleh beberapa Bahagian UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negeri Kedah.
Antara komen blogger terbabit pada gambar Mukhriz dan Syed Unan dalam laman Facebook ialah mahu menembak mereka jika ada pihak yang sanggup memberinya pistol dan peluru. - myMetro
No comments: