Iklan

» » Majlis Resepsi Julfekar Dan Min Yasmin Meriah

Gambar Julfekar & Min Yasmin Bersatu

SHAH ALAM – Malam majlis resepsi bagi meraikan pasangan pengantin baharu, komposer Julfekar dan Min Yasmin berlangsung dengan penuh tradisi dan meriah di Ndah Mahligai, di sini, malam Ahad.



min-yasmin-dicium-julfekar

Pada majlis yang berkonsepkan persandingan dalam taman itu, Min atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, 25, kelihatan anggun dengan pakaian rekaan Butik Princess berwarna putih.

Acara yang bermula kira-kira pukul 8.50 malam dimulakan dengan bacaan doa sebelum majlis merenjis untuk kedua-dua mempelai.

Gambar Pernikahan Komposer Julfekar Dan Min Yasmin

Sepanjang berlangsungnya majlis yang dikendalikan oleh anak Julfekar sendiri bernama Zulfadhli itu, pasangan pengantin dan tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi-penyanyi bawah bimbingan Julfekar.

Kira-kira 500 orang hadir dalam majlis meriah itu termasuklah keluarga dan sahabat-handai kedua-dua belah pihak serta rakan-rakan artis seperti Faradhia, Lufyia, Datuk Rosyam Nor dan David Teo.

gambar-julfekar-kahwin-min-yasmin

Terdahulu, Min dan Julfekar atau nama sebenarnya Julfekar Ahmad Shah, 49, sah bergelar suami-isteri pada 4 April lepas selepas diijabkabulkan di Masjid Kota Damansara dekat sini.

Majlis Pernikahan Komposer Julfekar Dengan Penyanyi Min Yasmin

About Admin

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply