Lelaki Paku Kemaluan Disiasat
Moscow – Pihak berkuasa Russia
melancarkan siasatan terhadap seorang seniman persembahan yang memaku
kemaluannya ke Dataran Merah di Moscow minggu lalu, kata polis semalam.
Jurucakap polis berkata, Pyotr Pavlensky
disiasat kerana melakukan “kebuasan” yang didorong oleh kebencian –
tuduhan yang sama pernah dikenakan ke atas kumpulan punk Pussy Riot.
Kata jurucakap itu, jika Pavlensky
didakwa dan disabitkan kesalahan artis yang berpangkalan di St
Petersburg itu boleh dihukum penjara lima tahun.
Ahad lalu Pavlensky, 29, berbogel dan
duduk di kawasan lapang medan bersejarah di Moscow itu sebelum memaku
kemaluannya ke tanah tanpa mempedulikan orang ramai.
Polis berjaya memujuk Pavlensky dan mengiringinya meninggalkan tempat itu.
Dia dimasukkan ke hospital seketika sebelum dibawa bertemu pakar sakit jiwa.
Namun, dia dibebaskan sehari kemudian
apabila hakim daerah mendapati berlaku kesilapan dalam dokumen
pendakwaan polis dan pihak berkuasa gagal membuktikan berlaku salah laku
pada Pavlensky. – AFP
No comments: