Punca Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan Malaysia
Contoh Naskah Buku Ultraman The Ultra Power
Punca buku Ultraman The Ultra Power
diharamkan Malaysia. Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah
Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’ kerana
ianya mengandungi unsur-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.
Buku
terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications,
manakala pencetaknya Network Printers. Mengikut kenyataan Kementerian
Dalam Negeri pada 6 Mac 2014, warta larangan itu berkuat kuasa mulai 18
Februari 2014 mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
1984.
Mereka yang disabitkan
melakukan kesalahan termasuk memiliki dan mengedar buku berkenaan boleh
dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi
RM20,000 atau kedua-duanya.
Fakta Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan Malaysia
- Mengandungi unsur-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.
- Menjejaskan keselamatan
- Menggunakan ayat atau perkataan yang mengelirukan
- Menggunakan perkataan “Allah” dalam Buku Ultraman Edisi Bahasa Melayu
- Merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.
- Buku diharamkan berkuat-kuasa mulai 18 Februari 2014
Punca Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan
No comments: