Iklan

headlines

» » » » Kanak-kanak Dibunuh Di Dungun, Ibu Dakwa Pernah Diugut Bunuh

Kanak-kanak Dibunuh Di Dungun, Ibu Dakwa Pernah Diugut Bunuh

 DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun ditemui mati di dalam sebuah rumah teres tidak berpenghuni di kawasan perumahan Taman Permint fasa dua Seberang Paka, Dungun petang Selasa.

Mayat Nursyafiqah Abdullah dua tahun ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata ketika tiba di kawasan itu, pengawal keselamatan berusia 31 tahun itu terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka dan terhidu bau busuk.

Dalam pada itu, Nursyafiqah dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu. Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, tahun dikatakan meninggalkan kanak-kanak terbabit di dalam sebuah kereta di depan sebuah kedai makan di Kuala Paka, dalam keadaan pintu kenderaannya tidak berkunci untuk menemui seorang rakan kira-kira jam 7.30 petang.

Sejurus kembali ke keretanya, beliau yang bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan di bandar Paka mendapati anaknya hilang.

Dalam laporan polisnya, Rabiatul berkata, dia sebelum ini penah menerima ugutan bunuh.

About Admin

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Kanak-kanak 4 tahun dipukul guru tuisyen hingga lebam kerana gagal hafal ABC
»
Previous
Kanak-Kanak 5 Tahun Dibunuh Kejam Di Dungun

No comments:

Leave a Reply